Monday, October 27, 2014

Pengalaman bersalin Qays Bushran


Assalamualaikum

Salam sejahtera
Entri kali ni nak berkongsi tentang pengalaman bersalin anak kedua. Alhamdulillah... diberi peluang bersalin secara normal lagi.
Baru berkesempatan untuk tulis entry ni.  Maklum la bz sikit memandangkan kali ni ala2 berpantang sendiri, dengan baby yang manja asyik nak berkepit je hehe..
Tanpa melengahkan masa, rasa x sabar nak bercerita sementara masih fresh lagi di ingatan hehe.
*********************************
Sepatutnya due 29/9/14.. tapi x de tanda2 lagi.
So, prosedur biasa di kkia (klinik kesihatan ibu anak) kalau overdue selama 10hari berturut2 kene serah diri kt kk untuk cek degupan jantung baby. Masa hari ke2 tu kebetulan kene refer dr kkia untuk ambil surat refer hospital untuk serah diri diinduce.
Sebelum dr buat surat tu die scan dulu tgk keadaan baby camne. sekali die scan berat baby 3.8kg. 

              "Eh, baby awak suspect besar ni. Saya akan refer kes awak terus ke HTI (hospital teluk intan)." kata Puan Dr.

Maka, esoknya dengan berlenggang kangkung pagi2 buta saya dan en pahlawan sampai di Klinik 6, HTI. Klinik 6 ni adalah klinik utk ibu2 hamil. Lepas 3jam kt klinik tu, dr pun panggil masuk dlm bilik consultation tu. Yang sampai 3 jam tu sbb menunggu confirmation dari ketua dr kt situ. saya kene scan 2x oleh 2org dr. haih.. masa tu mcm seram je.. 

         " Puan, lepas beberapa penelitian kami dapati memang baby puan suspek besar. skrg sudah 4.1kg. kepala normal ikut weeks. but badan dia agak besar sikit lorh.. Tapi jangan risau, saya akan refer puan ke dr pakar utk dapatkan advise. Usually kita advice czer kalau puan takut risiko yg akan ada. Nanti puan bawak surat refer ni dan terus masuk wad ye"

Ha kau gitu... terus masuk wad! nasib lah baik beg hospital mmg dlm bonet kete. Terus sebak.. sebab teringatkan numa kt rumah.. huwaaaa
Ok, sampai kat wad terus lepak2... tunggu dr pakar dtg katanya.Tunggu punya tunggu punya tunggu takde jugak dr panggil.  Sampai pukul 9lebih macam tu, dr suruh pegi labor room untuk scan baby. Dr yang scan tu dr senior, dr pakar tak sempat bz czer patient katanya. So, lepas scan and discuss sikit2 dr kata memang suspect baby besar. Beliau suggest buat test air gula tu (since saya tak pernah go thru test tu sejak mengandung) untuk kenalpasti baby besar sebab diabetic ke. Katanya kalau diabetic kulit baby lebih tebal n chubby dari baby biasa. Beliau advise sementara tunggu apa dr pakar akan kata, trying to normal je la since anak pertama saya bersalin normal. 

Jadinya, malam tu tidur lah dengan lena mwahaha. Tak de la lena mana pun, sebab kepanasan, bahang segala. Saya pulak jenis kalau tempat tak biasa memang tak boleh tidur. Tekebil2..
Nak sembang ngan orang sebelah, dia jenis tak berapa menyembang sangat. Penat cakap sorang-sorang mihmih

Alkisah pukul 3pagi dah tejaga dari lena yang tidur2 ayam tu. Masa tu dah rasa sakit. Nurse pulak asik ambik bacaan jantung baby guna mesin ctg tu. bunyik mesin tu mak aih... 

Sakit berterusan sampai pagi. Tapi just mild je. saya rileks lagi boleh tahan. Pukul 10pagi dr pakar round patient. Lega sangat sebab finaly dia kata tak perlu czer. Sebab estimated dalam 3.3-3.4 kg je katanya perut saya kecik. Tak perlu mesin scan pun... terror dr tu. Lepas cek jalan rupanya dah 3cm. Masa tu pukul 12 tghari dah. 

Pagi tu sempat mesej en suami tak perlu datang masa melawat pukul 1. Just datang petang in case saya dah nak bersalin.
Lepas dah tau bukak 3cm tu saya tag team ngan patient katil depan, dia chinese baru admit pagi tu. kes induce... anak ke 4 rasanya. Very ramah.... kami pakat bejalan non stop dari hujung wad sampai pintu depan wad. ulang alik tak berhenti. Kalau penat singgah katil sesapa sembang. hehe...

Sampai pukul 3.30ptg lebih kurang. saya dah tak tahan... contraction makin kuat. Sebab saya tak nak duduk di labor room lama2, jadi saya pun cuba tahan sehabis mungkin.
Sempat telelap kejap. Pukul 4.15 ptg tejaga nak pegi ambik air semayang nak solat asar. Tetibe memang tak tahan sangat sakit. Saya fikir, lebih baik panggil dr check bukaan. Risau suami datang melawat nanti kalau sakit tak best pulak.
Bila dr datang cek rupanya dah 8cm. gulp..
Nasib dah packing barang masa tu sebab tau dah kalau sakit sangat memang tak terkemas barang punye. (wad selepas bersalin berasingan dari wad sebelum bersalin. jadi kene bawak semua barang masuk labor room)
Nurse mintak budak2 pelatih tolong kemas . Sementara yang lain bawak fail dan ambik kerusi roda untuk saya.
Sebelum keluar wad tu, nurse baru perasan saya tak de jarum drip yang kat tangan tu pun. Dah satu hal nak cucuk jarum tu (tak sure nama betul nya apa). dah la tengah sakit sangat hihi...
Nurse mintak saya call husband. Saya gtau yang fon takde bateri,charger tak bawak. So, tengah elok nurse nak call husband rupanya husband dah tercongok kat pintu wad bersama kak ipar& ibunya. hehe... ngam2 jesebab waktu melawat tu.

Sampai labor room pukul 5petang masa tu sebab perasan ada jam besaaar dalam tu. Dr pasangkan alat besi kat kaki macam gymnastik tu hehe.  Sebab kes saspek baby besar, alat tu alternatifnya supaya risiko bahu baby tak sangkut. Bukaan dah 10cm. Dr terus pecahkan air ketuban. Sakit okeh kene pecahkan ketuban tu sebab tertengok alatnya. Dah macam ariel radio zaman dulu cuma panjaaang sikit. Dr tu kata ..  lah, air ketuban puan banyak rupanya.bukan baby besar...
5.20 petang macam tu, selamat lahirkan baby boy yang sangat comel dan tembam. 

Nak tau tak berat berapa?
3.43kg je... hehe tepat jangkaan dr pakar tu. pegang2 perut je pun.hihi
Eh, lupa nak cerita. Rupanya baru perasan suami tak de disisi. huhu... Bila lepas baby kuar tu, masa nurse tengah bersih2 kan saya dan buat persiapan untuk jahit saya tanya nurse.
    "Eh, nurse... suami saya tak masuk ye?"
    "Kat sini, kalau suami nak teman puan kene isi borang awal2 masa masuk wad. Kenapa tak gtau. bilik khas tu kosong".
Ceh, ingat kan sama prosedur macam hospital selayang. Rupanya untuk yang nak suami teman ade bilik khas. Demi menjaga aurat ibu2 lain yang nak bersalin. Sebab labor room saya tu dipisahkan oleh tirai2 je. macam dalam wad. So memang boleh dengar kalau jiran sebelah meneran hehe .
 
Berbalik kisah tadi, lepas selesai kene jahit, nurse bagi baby untuk disusukan. Happy sangat sebab baby terus pandai menyusu.
Pukul 6.15ptg lebih kurang, nurse tolak masuk wad biasa. Alhamdulillah... lepas semua ok, tekanan darah saya ok, baby pun ok. Masa kat pintu keluar labor room tu nampak en suami Dia tanya:
     " Eh, dah setel ke. kejapnya?" sambil wat muka tekejut sebab dah nampak baby.
Haha... die pun rupanya tertunggu2 nurse panggil untuk teman dalam labor room.
Sampai di wad, jumpa jiran katil yang sangat ramah. Ada la kawan borak hehe.. Esoknya kami balik rumah.
Anyway, nak bagi kredit pada staff, nurses & dr di hospital teluk intan yang sangat komited beri kerjasama sepanjang proses melahirkan permata comel saya. Hospital kerajaan sekarang dah upgraded dari segi layanan. Saya memang puas hati.
So, itu je lah kisah nya buat masa ni.
Satu hari nanti, kalau anak2 umi dapat baca ni umi nak pesan... sayangi & jaga lah isteri korang baik2. Bersalin merupakan jihad jugak.. besar pengorbanan melalui kesakitan, keperitan semasa tempoh tu.
Dan paling penting jangan pernah lupa pengorbanan umi melahirkan anak2 umi. Umi doakan anak2 jadi ahli syurga, kaya & berjaya di dunia & di akhirat. Kaya demi menuju jalan ke syurga... Inshaallah....

0 comments on "Pengalaman bersalin Qays Bushran"

Post a Comment

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez