Wednesday, December 10, 2014

10 TIPS MUDAH BREASTFEEDING & LANGSING


10 TIPS MUDAH BREASTFEEDING & LANGSING
Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kerana masih menyusu anak dengan susu badan bertepatan dengan tuntutan Islam. 

Walaubagaimanapun, masih ramai ibu2 yang menolak tuntutan ini kerana bimbang buah dada menjadi kendur & risau berat badan semakin bertambah. Makanan berkhasiat & cukup sangat penting bagi memastikan susu ibu yang dihasilkan berkualiti dlm membentuk iq & eq bayi kita. 

Saya sebagai seorang ibu ingin berkongsi pengalaman sendiri bagaimana saya dapat mengekalkan berat badan ideal dan tubuh yang langsing sepanjang tempoh penyusuan saya. 

1. Tingkatkan pengambilan makanan yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi seperti buah oren, teh hijau, cili dll. Metabolisme yang tinggi sangat penting bagi tubuh kerana metabolisme menukar makanan & lemak menjadi tenaga! Semakin rendah metabolisme tubuh semakin banyak lemak yang disimpan didalam badan.

2. Kerapkan pengambilan snek yang berasaskan serat seperti oat, roti hi fiber dan buah2an tinggi serat (pisang, betik,jambu).

3. Jangan skip waktu makan utama (Sarapan, makan tengahari, makan malam) kerana ini akan membuatkan badan akan bekerja 2x ganda bagi membakar kalori sedia ada. ini akan membuatkan badan mudah letih kerana kekurangan tenaga malah susu yang dihasilkan tidak berkualiti.

4. Susu badan mengandungi tinggi protein & kalsium yang terdiri dari 80% air. Jadi, tingkatkan pengambilan protein yang tidak tertakluk pada satu jenis sumber sahaja. antara makanan yang tinggi protein dan kalsium seperti dadih, yogurt, produk tenusu spt keju, telur, sayur brokoli dll. 

5. Pastikan buahdada betul2 kosong selepas sesi mengepam atau direct feed. Jika baby hanya minum sedikit, anda boleh perah/pam susu lebihan dan simpan didalam peti. susu ibu boleh dicampur didalam bubur bayi (6bulan keatas), sebagai air siraman pokok bunga, campuran air mandian bayi,masker wajah, dll. 

6. Minum segelas air suam sebelum & selepas sesi menyusu/mengepam. Percepatkan proses penghasilan susu ibu dengan mengambil makanan berasaskan rempah/herba dan tinggi protein  dalam tempoh 1jam selepas buahdada dikosongkan. 

7. Ramai ibu2 menyusu kurang disiplin bagi memastikan pengambilan air yang cukup. (untuk setiap 25kg berat=1liter air). Tips mudah bagi memastikan badan mendapat air yang cukup adalah 1GELAS AIR SETIAP 1 JAM. 

8. Kurangkan, atau lebih baik elakkan makan junkfood,jajan yang tinggi bahan perisa dan pewarna kerana pewarna&perisa tambahan memberi rasa KENYANG PALSU seterusnya menghantar isyarat kepada otak supaya tidak makan kerana perut sudah kenyang!. Ini bahaya kepada ibu menyusu kerana susu yang berkualiti tidak mungkin akan dapat dihasilkan. Juga elakkan kafein spt teh,kopi,nescafe kerana kafein menghalang penyerapan zat penting didalam tubuh. 

9. Jangan pandang rendah pada kelebihan kekacang yang mempunyai tinggi kandungan protein. Resepi ringkas snek kacang dhal. Cuma rendamkan kacang dhal 30min dan goreng tanpa minyak, boleh campur daun kari dan sedikit garam halus. Simpan didalam h/beg dan boleh dimakan semasa traffic jem, sbagai snek swaktu bekerja,menunggu bas & teksi!!mudah kan.

10. Last but not least,  ambil supplemen sebagai pelengkap nutrisi harian jika anda bimbang makanan yang diambil tidak mengandungi cukup khasiat. Antara supplemen shaklee yang membantu anda mendapatkan tubuh badan langsing dan meningkatkan kualiti susu ibu adalah Lecithin,Omega Guard, Alfalfa, Esp/Mealshake.
*******************************************
Jadual/Tips EKSLUSIF - utk ibu menyusu.
Ini pula jadual pengambilan vitamin (bulan biasa,bulan puasa dan tips extra doa utk ibu menysu)
_________________
Jadual Mkn dan tips
Snack time/tea time:
Air horlick/ susu/oat mix dengan mealshake/esp.
** Mealshake & esp berasaskan protein soya dan tinggi kandungan serat serta kalsium.
UTK BOOST: Setiap kali lepas pam, amik segelas minuman dibancuhkan dengan setengah sudubesar ESP dan amik 2 biji alfalfa.
RULES:drink plenty of water
__________
if puasa:
Waktu Sahur:
(1) Makan nasi atau apa jua juadah .digalakkan makan sup..dan makanan yg tinggi protin.
(2) Makanlah sekurang-kurangnya 3 biji kurma.
(3) Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (gabungan terbaik). (kalau tak makan soy protin..ganti dgn MealShake)
(4) Makan 3 biji Alfalfa
Waktu Berbuka:
(1) Berbuka dengan juadah berbuka..with kurma..amat digalakkan
(2) Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (untuk dapatkan hasil terbaik).
(3) Makan 2 biji Alfalfa.,vitalea 1bj
Sebelum tidur:
(1) Amalkan minum segelas ESP.
(2) Makan vitamin lain iaitu, B complex dan Vitamin C…dan osteomatrix dan vita e jika ada
Vitamin ini membantu badan ibu sentiasa bertenaga dan tidak kehausan.Selain daripada pengambilan vitamin, amalkan mengambil kurma, terutama sewaktu bersahur. makan kurma bersama fresh milk ditambah soy protin (amalan orang arab supaya kekal bertenaga sepanjang hari..
_________pastikan buat ni:
-power pumping sekali sehari
kerap pam..setiap 2 jam
-minum air byk
amalkan doa ni
Mari amalkan yer ibu2..
____________________________________________
"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN
Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
_______________________________
AKHIR kAta
kesan pengambilan vitamin tak sama utk semua ibu2....kadar kepekatan susu tu brgantung gak pada kadar protin dlm diet seharian..so setiap ibu takkan sama yer.* dan ada juga susu yang pada awalnya kuantiti drop akibat susu yg pekat tadi..maka kene seimbangkan dgn pengambilan air sehari dalam 2liter..dan terus up kan kadar pumping sehari dalam 6x minimum..InsyaAllah dalam 1-2 weeks flow will be back to normal.
Dapatkan lebih banyak tips & resepi mudah secara PERCUMA jika anda membeli produk shaklee dengan saya..
Breastfeed is rock!!
Nak order atau buat sebarang pertanyaan tentang produk shaklee?

Choose Healthy...Choose Shaklee.
==================================
✉ Email : zuramie85@yahoo.com
☎ SMS/WhatsApp dan hantar ke: 016-6955345 (baizura)
➲ COD Area: Sabak Bernam/ Sg Besar
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat & mengubat sebarang penyakit.

0 comments on "10 TIPS MUDAH BREASTFEEDING & LANGSING"

Post a Comment

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez