Saturday, December 6, 2014

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur


Harini nak kongsi satu resepi pencuci mulut kegemaran saya dan lebih jutaan orang di Malaysia ni. Setiap kali pergi bazar Ramadhan mesti cari menu ni.  

PUDING KARAMEL
Biasanya resepi puding guna telur. Tapi, yang ni saya guna tanpa telur. Sebab saya tak suka ada bau telur walaupun dah letak esen vanila.
Kredit pada group resepi di facebook. 

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR
BAHAN A (DIMASAK SEHINGGA SEBATI)
Separuh agar2 tali
1/2 cawan gula pasir
4cawan air

BAHAN B
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat
3sudu tepung jagung @ kastard
Campur semua bahan dan masukkan ke dalam agar2 yang telah dimasak. Masak seketika dan matikan api. Tuang ke atas karamel. Sejukkan dan sedia dinikmati.

BAHAN C (KARAMEL)
2senduk gula pasir dicairkan atas api yang kecil. Sukatan gula boleh dikurangkan jika mahu kurang manis. Tuang ke dalam bekas yang diingini.
Selamat mencuba!
Percayalah...memang mantap sangat rasa dia!

0 comments on "Resepi Puding Karamel Tanpa Telur"

Post a Comment

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez